an attempt to divert attention~~

life expression..

A nice, personal writing pad for your thoughts 'n stuff

Bulan Rejab akan menjelma. Marilah kita merebut peluang pada malam pertama Rejab ketika mana ALLAH membuka pintu langit dengan menghidupkan malam tersebut dan memperbanyakkan doa kepada ALLAH.

Ada beberapa waktu hari perlu beri keutamaan:
1)hari jumaat (setiap minggu)
2)Malam Raya aidilfitri (1 syawwal)
3)Malam Raya Aidiladha (10 zulhijjah)
4)Malam 1 Rejab
5)Malam 15 syakbaan
6)Hari Arafah (9 zulhijjah)
7)Hari asyura (10 muharram)

Amalan di bulan Rejab:
1) Berpuasa Sunat
2)Membaca surah al ikhlas 11 kali atau lebih setiap hari
3)Membaca Al Quraan
4)memperbanyakkan doa
5)memperbanyakkan memohon keampunan (istighfaar)
6) Zikir khusus dilakukan 70 kali selepas subuh dan asar
a) 1-10 Rejab: allahummaghfir lii warhamni watub ‘alaiya minimum 100 kali sehari
b) 11-20 Rejab: subhanallahil ahadis ‘somad minimum 100 kali sehari
c) 21-30 Rejab: subhanallahir rauuf minimum 100 kali sehari
7)27 Rejab: menyambut dan memperingati peristiwa israk dan mikraj
8) Berdoa: Allhumma baarik lana fii rajaba,wafii syakbaana, wa ballighnaa rama’dana.

Marilah kita memohon taufiq dan hidayah daripada Allah semoga dipermudahkan kita untuk beramal.

Memperingati ,memperbaiki kelemahan,menutupi aib, menasihati, bertolak ansur dan meraikan perbezaan pendapat sesama kita.

Diharapkan perkongsian ini menjadi peringatan buat saya dan semua sahabat.

- -Mohd Azhar Abdul Shomad (via forthesakeofdeen)

(via farayuyusof)